BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 12, 2009

mas kahwin di selangor rm 300?berbaloi-baloi..

mas kahwin di selangor di naikkan daripada RM 80 kepada RM 300 berkuatkuasa pada 1 Januari 2010..hehe..nasib baik tak kahwin lagi..mahal gila harga anak dara dan mak janda di selangor..yela negeri maju katakan..poyo je..tapi apabila di selidik balik kemungkinan ramai anak-anak dara akan menjadi andartu.tu baru mas kahwin..belum lagi hantaran yang mencanak harganya..rantai berlian segala..belanja wat kenduri kahwin lagi..kesian pihak lelaki..ish ish ish..

sepatutnya mas kahwin tu terpulang kepada hak individu untuk menetapkan berapa mas kahwin mereka..kerajaan negeri tidak perlu masuk campur..pe faedah yang mereka dapat kalau mas kahwin naik?tak faham sungguh..yup..mereka akan berkata seiring dengan perkembangan zaman..dan mereka akan berkata "duit hantaran boleh tinggi takkanla mas kahwin naik pun dah kecoh"..

kalau mas kahwin jadi naik dan wang hantaran makin tinggi ramai lelaki-lelaki di malaysia ini akan di kelilingi hutang..(tapi bagus juga tengok lelaki sengsara..huahuahua)

Sunday, December 6, 2009

having fun with them..






date : 3 disember 2009
location: JJ bukit Tinggi

khamis lepas dapat jugak date dengan dorang..ui cuti sehari jadi baby sitter.hehe..em rancang nak tengok new moon..tapi ramai cakap bosan nak mampus..harap hero je ensem bai..so last2 decide tengok christmas carol..huhu..time 2 jusco ramai gila orang..biasela J-card...sebelum 2 teman atie g servis kereta kat perodua..abang yang entertaint kitorang comel gila gaban..nama Faizal Tahir..haha..

time tenok wayang 2, punyala terkejut sebab orang TGV salah pasang movie..diorang pasang cite senario instead of christmas carol..punyela gelabah masing-masing tengok tiket..haha..tapi orang TGV yang salah..boleh r cite christmas 2..part paling best mestila tangkap gambar..(^_^)..

lain kali berseronok-ronok lagi ek..thanks to them..

congrats to wayang..




wow!!!filem wayang arahan Dr. Hatta Azad Khan berjaya merangkul 4 anugerah dalam anugerah skrin..paling meletop filem terbaik tu..siapa cakap uitm cikai punya universiti sekarang boleh gigit jari..huahua..tapi memang filem tu best wa cakap lu..

teringat lagi masa Puan Raudzah (lecturer untuk business Development) memberi tugasab untuk menjual tiket filem wayang..10 marks untuk tu..sanggup tebal muka tu..yang paling tak tahan saya dan arif terpaksa menjual tiket di laluan HEA dan pasar UitM..haha..dapat la jugak jual..tapi kitorang xbeli guna duit kitorang..main bersih ok..

congrats to Uitm again.. (^_^)..

Thursday, December 3, 2009

bahagia sekelip mata... derita selamanya

uiyo gila jiwang entry aku ni...pape jela ek.xtau nak letak tajuk pe..tehee..(^_^)..
wei gila bohong tipu semua ada..betulke hati tengah bahagia cam senyum kat atas tu..
yup..tiade seorang pun yang tahu pe yang dalam hati ni..muke ok..hati bergelodak..
sampai tak tahu nak tulis camne ni..sampai tak tahu nak berperasaan camne..

okla..straight to the point..my new ehem2 (hehe) has stolen by their mum..betul ke ayat ni.ah lantakla..
sebab mak die dah ada pilihan untuk die..yela die kan dah tua..eh tak la tua sangat..
so macam typical malay punye movie la ni..married arrangement by parents..
aiyo..so camne ni..2009 betul2 mencabar hati ni..
ade hikmah sebalik ni?ye orang akan cakap begitu..
dah jumpe yang 1000 kali lebih baik camni plak..so what to do?
termenung jela jawabnya..
start find the new one?nope..tiada sape leh ganti die..cewah ayat.lum clash lagi la wei..
jawapan yang pasti = tanya tuan empunya diri..die yang berhak corakkan hidup die..bukan orang lain
so just berserah..DIA yang MAHA mengetahui..

Tuesday, December 1, 2009

single is better?

my friends said: wei..single lagi baek bai..is it true?

memang ada baiknya bila kita single ni..

  • tak payah nak rase saki hati dan menyakiti..ini paling penting..( rase sakit hati gak bila tengok orang date)
  • jimat kredit bai..(tapi kalau single dan banyak skandal pun banyak gak habis kredit..hehe)
  • tak payah report tengah  watpe, gi mane dan dengan sape..
  • dapat spend time mase dengan kawan-kawan sampai 24 jam..(yela nanti dah khwin xleh dah camni)
  • tak payah nak jadi orang lain..hipokrit tu..yela kalau de boyfriend semua kena control..citt!!!
  • bebas keluar dengan sesiapa je..i likeeeeeeeeee this!
  • tak payah nak bazirkan air mata dan peluh keringat untuk boyfriend kite..(kalau mate sembab n then gi kelas, cakap tak cukup tido..padahal nangis bagai nak gila)..
  • dan yang paling penting sekali, tak payah tambah dosa..hehe..(love is blind..sebab tu kita meraba-raba)
tapi sometimes bosan gak single ni..ui paling jeles bila ada kawan-kawan yang dah naik pelamin..teruja dan teruja cam syikin mohamad..kuikui..dan dan dan paling tension bila sepupu sepapat tanye "ejan..ko bila lagi..aida anak buah ko pun dah nak kahwin..kan sebaya"..shit!!..relax r cousins..umur baru 21 tahun..still young beb..

ada pulak dorang suruh pakai baju kebaya dan suruh jadi perempuan sikit...ini tak..pakai seluar je..hello..keperempuanan bukan di ukur melalui pakai apa..i means tak semestinya pakai kebaya itu perempuan..pakai seluar tu tomboy..grrrrr!!

em pape jela..yang penting i'm happy with my life right now..ramai kawan-kawan suka dan duka..credit to them..and thanks to him sebab lepaskan saye..sebab die saye dah nampak apa itu kebebasan..yup kebebasan dari cengkaman seorang diktator..hehe..

Thursday, November 26, 2009

sejenis...

telah menjadi budaya zaman sekarang bercinta dengan kaum sejenis..laki dgn laki perempuan dengan perempuan..dengar macam geli, merenyam,nak muntah dan macam-macam lagi..tetapi siapa kite untuk menilai dan menyanggah hak mereka..naluri mereka..mungkin ada yang bercinta sesame jenis ni sebab masalah keluarga atau dah pernah di kecewakan oleh kaum2 tertentu..entahla..tetapi budaya ini sudah makin menjadi-jadi..dan tanpa segan silu ianya dipamerkan..di barat mereka sudah boleh berkahwin sesame jenis..mereka memag tiada budaya..tapi kenapa kite mesti ikut..kite beragama islam bukan?oh ye..nanti korang akan berkata "kubur lain-lain"...so tak payah masuk campur..

Tuhan telah memberi peringatan di dalam Al-Quran:

"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain". (QS. Al An'aam, 6: 6) 

"Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang dimasa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa." (QS. Al Baqarah, 2: 66)..

mereka mungkin sudah terlupa apa yang berlaku terhadap kaum nabi luth dan juga masyarakat pompei yang Allah S.W.T lenyapkan dan hancurkan dalam sekelip mata..sehingga pompei lenyap di dalam peta.. 
Pemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut  merupakan pusat maksiat dan kemungkaran.

Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu yang singkat. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu melepaskan diri dari keganasan letusan Vesuvius.  Ramai pasangan-pasangan yang tubuhnya terawet dan  berada dalam keadaan sedang melakukan persetubuhan. Yang paling mengejutkan adalah terdapat sbeberapa pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks).

Selama ribuan tahun, mayat-mayat itu terkubur  dan membatu. Setelah Gunung Vesuvius meletus pada tanggal 24 Agustus tahun 79 Masehi, kota Pompeii terkubur bersama asap dan debu vulkano selama 1700 tahun, dan kota itu di jumpai secara tidak sengaja pada tahun 1748 Masehi.dan ini keadaan mereka:



 

 

 

manusia memang tidak pernah belajar dari teladan..mungkin satu hari nanti malaysia bakal menjadi pompei..ianya memang tidak mustahi..walaupun malaysia tiada gunung berapi tetapi apabila Allah sudah berfirman "kun faya kun" maka terjadilah ia..

Tuesday, November 17, 2009

.wishlists. ^_^

setiap orang mesti ada wishlists masing-masing..wishlists dalam bahasa pe ek?mungkin barang yang kita hajati..sekarang ini ada 3 benda yang berlegar-legar kat otak untuk di beli..ada yang mustahil untuk di beli..nama pun wishlists..entah kenapa since seminggu lepas dan deret seminggu saya mimipi abah membelikan saya kereta..haha..its possible..abah kata "guna duit sendiri..biar kau tau camne susah cari duit untuk dapat sesuatu"..putus harapan..


ini adala senarai wishlist saya:






toyota Caldina

toyota Caldina was awesome..harga pasaran RM 100k..memang tak mampu membelinya..kalau dah kerja boleh di pertimbangkan..kalau dapat hadiah lagi bagus..kan?kan?kan?..tak ramai pakai kereta ini..tak tahu kenapa..tapi kereta ni smart bai..wa cakap lu..






memandangkan handphone sony erickson k660i saya sudah membuat hal, terasa ingin membeli yang baru..hehe..pC fair KLCC awal bulan disember ni..harga handphone ni boleh tahan berdentum harganya..tapi functionnya sangat best..
p/s: Encik Pekan..saya mahu ini sempena besday saya yang ke-22 tahun depan..^_^




snickers nike memang dah lama dah di usha..tapi duit asyik melabur kat benda lain je..em harga dah nak dekat rm200..kat Al-ikhsan ada new arrival untuk girls punya snickers..cantik-cantik dan sedap di pakai..kalau dapat cheque daripada uitm boleh la beli..hehe..tapi cheque tak sampai-sampai pulak..

yang tak mustahil untuk saya beli adalah snickers nike..hehe..tapi BUMs punya kasut pun smart dan rasa worth it beli..sebab BUMs tak boleh dicetak rompak..kalau nike selalu dicetak rompak..kalau beli nike nanti, si arif rusli akan mengejek..haha..sebab saya pernah mengejek kasut adidas dia..saya panggil kasut adibas..haha..bajet thailand punya la dia pakai..

Monday, November 16, 2009

nasib manusia tidak semua serupa...

nasib manusia tidak semua serupa...ada yang dapat nasib yang baik dan ada yang tidak bernasib baik..kawan baik saya mengalami nasib yang tidak baik apabila dia memohon untuk memasuki universiti..dia ada keptusan yang bagus..benda ini bukan berlaku sekali..tetapi sejak sekolah rendah lagi..UPSR dapat 4A tapi tidak dapat memasuki sekolah asrama penuh..tapi dia redha..time SPM dia dapat 4A dan memohon UPU..tetapi malang sekali lagi bila dia tidak layak untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi..padahal keptusan kawan saya yang sorang lagi ini, tidak berapa bagus tetapi dapat pergi UitM..nasib manusia semua tak serupa..

untuk degree pula, dia memohon lagi tetapi di tolak juga..kenape dia dapat nasib yang sebegitu malang..pointer diploma semasa dia di Unisel amat bagus..sayang die tiade MuET..IPTS tidak mendedahkan pelajar-pelajarnya tentang MUET..kasihan mereka..apa guna mereka bayar yuran dengan begitu mahal,kalau begitu pentadbirannya..die menangis-nangis call saya..dan tadi saya, zuraidah dan syahiera menggembirakan dia..lepak makan nasi lemak same-same..hehe..Aziantie Hussin, kamu akan dapat nasib yang baik di masa depan setelah kamu bersusah payah sekarang..nasib kita tak serupa sebab itu yang telah di tulis di luh mahfuz..tapi kita jugak kena ingat, Allah takkan merubah nasib kita jika kita tak berusaha ke arahnya..

to Aziantie Hussin..i'll pray for your success sayang..

Friday, November 13, 2009

today...






em hari ini sorang-sorang merayau kat klang..actually pergi bank tunaikan cheque dan bank in duit untuk my lovely bro..huhu..bayar bil broadband lagi..semua guna duit bai..rasa macam terlalu awal nak balik, so merayau kat digital mall..survey laptop baru dan handphone baru..handphone sony kesayangan saya sudah membuat hal dan ada ura-ura meminta tukar..duit lagi.tiba-tiba lalu kawasan GSC..so ringan je kaki melangkah beli tiket wayang movie 2012..sorang-sorang je tengok wayang.kalau ikutkan nak tengok dengan Encik Pekan (yang tau saje yang tau)..tapi die punye allergic belum baik...tengah on the way masuk wayang, abang GSC tu tiba-tiba tegur "ai dik tak kan tengok wayang sorang-sorang"...saye pun malas nak melayan..terus masuk..tiba-tiba die duduk sebelah..entah pape entah..

tapi 2012 memang meremangkan bulu roma yang xseberapa banyak ni...it was a great movie..xdapat bayangkan benda tu berlaku..kenape bila di timpa kejadian macam tu, semua akan pentingkan diri sendiri?..em cukup sedih bila part pasal keluarga..dan saye tak suka ending cerita ni..macam cerita evan almighty pulak..lepas kejadian tu pulak bermula la tarikh dan bumi yang baru..arif pernah mention sebelum ni pasal perkara ni..die pernah terbaca yang selepas kiamat ade kehidupan lain..

sesiape yang belum tengok, tengokla cerita ni...

Sunday, October 25, 2009

final exam sudah kembali?

final exam dah datang..mood masih tiade..kenape?sebab tak suka tak suka dan tak suke..nanti jadi stress bila tengok kawan-kawan dah duk atas kerusi study...nak dapatkan mood dan feel belajar tu sangat susah..boleh tak nak kahwin je..hehe..calon pun tak de cik senah oi..

entah ape yang saye belajar semester ni..cam susah nak pick up..otak dah berkarat..risau giler subjek Research Methodology( em rasenye datang kelas tapi sepatah haram tak faham)..Corporate Finance(lagi la tak faham sampai kena import notes dari uitm segamat), QMT ( quite ok tapi selalu tak faham soalan..gila sengal dowh)..dah la jarak dekat..boleh bikin kepala gua pusing macam ni..

papepun nak wish very good good luck kat:

  • BM 222 3E (classmates)
  • all ex C3 clan
  • all ex students segamatrians
  • all ex anggerikians
  • n all my old buddies

mak and abah wish me luck 4 my final exam..

::saye bergelar graduan diploma uitm::






tarikh: 24 oktober 2009 (sidang ke 14)
tempat: dewan seri budiman uitm Malaysia
masa: 1.30pm hingga 5pm

semalam merupakan hari pengtauliahan saya dan rakan-rakan lain selama 3 tahun menggembleng tenaga untuk skroll diploma..dgn jayanya kami bergelar alumni UitM..hehe..poyo je ayat..agak sukar investment ni..sape cakap senang wei..kalau xnape sebahagian saje yang grad..betul x..semalam dah la terdatang lambat..pastu terus kena beratur..kami breaks the rules sebab tak pakai mask..haha..time masuk dewan tu feel berdebar-debar beb..(kitorg konvo kat dewan bukan kat stadium ok..ade dewan konvo sendiri lagi)..haha

yang bestnye lagi sebelah menyebelah kiri kanan budak-budak segamat..so tak rase bosan..gosip dengan arif hanafi dan nini..husna pun join weh..paling touching time lagu gemilang..tak tahu nape..em part paling best saye rase time naik pntas diorang clap untuk saye dan Vice Cansellor we yang bagi..bangge tu wok!!sesi bergambar memang wajib...penat asyik senyum..naik tegang muke wei..

moment paling best apabila dapat pakai selempang pink tu (tak tahu nape saye punye kaler purple)..hehe..dan dapat tangkap gambar dengan VC..wallaweh..duk sebelah kut..arif pun dapat salam dengan die..hehe
dan paling touching bila lepas baling mortar,saye datang kat mak dan mak cium saye..huhu..satu family datang..diorang bagi bunge satu jambak..thanks..luv u all..



 

gambar-gambar yang lain boleh tengok kat facebook or friendster ok?penat plak nak upload gambar..gambar dengan VC (Vice Cansellor) bila dah dapat baru leh upload..hehe..sangat  seronok dapat tangkap gambar, salam, dan borak dengan dia..hope sangat-sangat gambar konvo mate tidak tertutup..

sekarang tengah berusaha plak nak dapat ijazah kelas pertama sebab tak payah bayar PTPN..tak dapat ANC pun xpe..janji dapat 1st class honour..

pagi tadi mase anta jubah, sayangnye nak lepaskan sash pink tu..huhu..usaha 3 tahun tu..huhu..papepun degree nanti kitorang konvo kat dewan baru..hahaha







Monday, October 19, 2009

::5 hari lagi::

tinggal 5 hari saja lagi untuk saye memijak tangga Dewan Sri Budiman tu..takut teruja semua menjadi satu..huhu..
tinggal 5 hari saje lagi untuk memegang skrol diploma..fuh..3tahun belajar beb..

saye takut untuk konvo kerana:

  • takut dapat jubah saiz besar..bak kate arif ko dah boleh dah sapu lantai..cet..mentang-mentang die tinggi.
  • takut tersadung masa naik pentas (malunye)
  • takut time orang tu amek gambar, mate kite plak tertutup..choi..tak cantik ok walaupun dah pakai vogue
  • takut tiba-tiba scroll kena tahan..oh tidakkkkkkkkkkkkkk
saye exited untuk konvo kerana:
  • dapat jumpe kawan-kawan segamat..yei..miss u all
  • nak tangkap gambar banyak-banyak..itu wajib
  • tak sabar nak pakai jubah tu sebenarnye..

ape pun saye nak ucapkan hepy convocation day to all my friends..akhirnye kite grad jugak wei...

Friday, October 9, 2009

new boyfriend


my new boyfriend
his name taufik
hi taufik..i luv u..
really admire u

longkang uitm?

tak tahu nak letak title ape untuk entry kali ni..di pendekkan cerita, masa kitorg tengah semangat pergi kelas, dalam perjalanan tu, saya azni dan nad gelakkan arif punya seluar sebab sebelah panjang sebelah pendek..dalam sibuk tengah gelak-gelak tu, kaki nini termasuk longkang yang terletak kat tengah-tengah alam..haha..die kate sakit tapi masih lagi gelak-gelak..so kitorang pun bantai gelakkan dia..dalam hati memang kesian..haha..tapi tak tahan nak gelak..tiba-tiba nampak darah menitik..tapi kuat semangat lagi gi kelas..sekali tu, nini tak tahan, so tarik seluar die..oh my God..luke panjang kat kaki die...masing-masing terkejut..tapi masih lagi gelak sakan..


kaki nini yang berdarah dan di sebelah tu kaki arif mencari publisiti untuk menayangkan kasut crocks die..bukan crocs tau..hehe





lepas tu, eka pun menghantar kami ke pusat kesihatan UitM..thanks eka..saya dan nad sanggup tuang kelas QMT kerana risau kat nini..yela..kawan kan..susah senang sama-sama..dalam pusat kesihatan tu, nini kena due jahitan..tapi time nak kena jahit tu, nini sempat mintak permission doktor nak kencing dulu..nini keluar sambil nangis-nangis sebab taku..haha..kelakar gila..papepun harap nini cepat sembuh..sakit-sakit pun sempat date minah ni..hehe..

nurse tu cakap hari isnin tu je dah 3 orang masuk longkang..gila tragik..so moral of the story, harap pihak Uitm mengambil langak inisiatif untuk menutup longkan-longkang di sini..nasib baik longkang tu tak ada cerucuk..kalau tak..ish2...nasib baik lah nini boleh bangun..kalau tak sape nak angkat die..hehe..gurau je..

Tuesday, October 6, 2009

L.O.V.E???

cinta terlampau spesifik untuk di katakan
cinta itu nampak macam kristal..
tapi cinta itu sakit...
takut untuk hadapi lagi sekali..
tapi apa salahnye kita mencuba..
tak kan kerana seorang lelaki saye terus menghukum perasaan kaum
adam yang lain..
itu tidak adil untuk mereka..

time management

skema juga tajuk entry kali ini..takut nak hadapi next week..minggu paling mencabar di shah alam..wargh....
jadual untuk next week :


  • isnin : test 2 corporate finance


  • selase : presentation financial market & instituition


  • rabu: presentation BEL ( 40% tu) dan test 3 qMT


  • khamis :presentation personal development


tak tahu camne nak manage masa..banyak gila keje..corporate finance dah la susah tahap dewa..adoyai..nak berbincang pun payah..mata puan balqis macam burung helang..so minggu ni tak dapat balik umah..huhu..tak dapat teman mak kat umah..



ni la buku dan financial calculator ( rm 135) yang di perlukan dalam corporate finance)


ini situasi apabila saya dan nini study corporate finance:







dan apabila ketensionan melanda kami pun bermain




kami bermain saidina dan dam ular..haha..

hope dapat siapkan tugas-tugas dengan segera..

~hepy besday mak~



sebenarnye besday mak 3oct hari tu..
tapi d sebabkan internet lembab so tak dapat post masa 3 oct
sory mak..hehe
mak dah 50 tahun sekarang..
thnaks sebab tahan dengan perangai kami 4 beradik..
tahan dengan perangai abang long yang ala diktator..
tahan dengan perangai kak ngah yang suka bergosip..haha
tahan dengan perangai saya yang pemalas bangun pagi..
tahan dengan perangai si bongsu yang suka makan sedap je..
dan juga tahan perangai abah selama 30 tahun berkahwin..

harap mak bahagia di samping kami =)

Sunday, October 4, 2009

amazing friday




hari jumaat lepas saye bersame "Mr. Prince Court" tengok filem ni.di pavillion (em die yang belanje)...nini yang suggest tengok cite ni..nini kate leleh air mata kalau tengok cite ni..it was a great movie dan memang betul sedih cite ni..nak nangis tengok bila parents sanggup berkorban demi anak..tapi cover air mata dari jatuh.dah bergenang-genang pun...takut si dia perasan..haha


lepas tengok movie die bawa saya candle lite dinner (yela lilin kat tengah meja, so consider candle lite dinner la kan)..haha..pemandangan tempat tu sangat menarik sebab boleh nampak view KL waktu malam dan ramai pasangan-pasangan kekasih di sini.tapi saya dengan die bukan pasangan kekasih..tapi seriously sejuk gila time makan..rase macam jadi orang parkinson sekejap..haha..kami menghabiskan masa bersama-sama di situ...=)

oh ye nama restoren tu Heaven if i not mistaken..thanks to "Mr. Pince Court" sebab bawa saya ke situ dan dinner yang sangat romantik..hehe..(lain kali lepak lagi kat situ ok?)

*hei mr prince court..thanks for everything...*..next time ok?


Friday, September 25, 2009

raye bersame mereka

tarikh:23 september 2009
masa: 2pm-12am
tempat: batu 6, batu 7, batu 5, old town white coffee





raye yang sangat happening bersama mereka..mereka adalah kawan-kawan sekolah rendah saya..ramai yang terkejut bila mengatakan saye ingin beraye bersama kawan sekolah rendah..kami sangat close to each other..reunion ni Hilal punye rancangan..kami cuma mengikut.berbekalkan avanza noor farahiyah dan kereta kancil mohd noor hilal (psst..mereka dulu skandal semasa di sekolah rendah)..kereta semua full house..memang xingat dunia kami beraye sampai pukul 12 am..

bergelak sakan sampai pening kepala dan nak pecah perut rasenye..hepy sangat-sangat..lupe segala permasalahan..yup..tq korang sebab wat aku hepi..gelak sakan sebab imbas balik cerita zaman sekolah dulu..memang kelakar..mula-mula Hilal dan faris rase macam nak bentang comforter bila dengar kami bercerita..faris terpakse balik awal..biaselah anak mak..last-last helmi amizi dan hafizi harun pun join the club..

kami main redah je rumah-rumah budak-budak ni..macam wat kejutan akademi fantasia gitu..dan mereka betul-betul terkejut..haha..suprise..em nisa ishak dan helmi amizi seperti mengimbas nostalgia percintaan zaman sekolah rendah nampaknye..haha..LOL ~ ~ ~

at last kami melepak di old town white coffee..ui bestnye dapat pekena coffee..




thanks kepada:
  • anizan bt selamat
  • aziantie bt hussin
  • zuraidah bt zaruddin
  • khairunnisa bt ishak
  • nor hasla bt mohd noor
  • noor farahiyah bt jamaluddin
  • nurul asyikin bt mohamad
  • mohd Helmi b amizi
  • mohd hafizi b harun
  • mohd noor hilal b subhi..
  • mohd faris b mispar

Saturday, September 19, 2009

selamat hari raya



selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat dan juga kepada rakan-rakan taulan dan keluarga..keluarga mertua belum ada lagi..hehe..saya di sini ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap dan juga terkasar bahasa..biasela..tak semua suka ape yang kite lakukan..

berbicara soal raya, semakin kita dewasa semakin kurang rasa meriahnya raye itu..duit raya masih dapat tetapi feel tu sudah tiada..raya kan untuk kanak-kanak..dah besar ni, tanggungjawab pun sudah banyak..membelikan kuih untuk mak, tolong mak wat persiapan raye..tolong mak layan tetamu ( kakak dan abang petang raye pertama baru sampai umah)..pandai korang ngelat ek..bila raya yang paling saya tidak suka ialah berkunjung ke rumah sedara yang kita tidak berapa kenal..dan yang paling rase haru biru bila dorang mengatakan saya ini baru tingkatan 5..sadis-sadis..kecik sangat ke saya ni..hello makcik dan pakcik..saye sudah berumur 21 tahun ok..dah leh jadi isteri orang..

dan paling saya rindu adalah feel nak balik kampung time raye..maksud saye balik kampung dari perjalanan yang jauh..dulu masa kat johor, rase excited gila nak balik klang time raye..berebut tiket bas atau train bersama pelajar-pelajar lain..betul tak nad?..hehe..dengan angkut beg besar-besar..bas tak de aircond, bas bau ketiak hangit dan macam-macam lagi..masa dalam bas pulak dengar lagu raye..seronoknye..sekarang ni bila dah kat shah alam, dah tak rase tu semua,,,

em apepun, sorry sangat-sangat kat anak-anak buahku semua sebab cik jan tak dapat sediakan duit raye..hehe..financial crisis la..gula-gula lot 100 perisa mangga adela..

kekasih lamaku sudah kembali



sangat seronok rasanya apabila die telah kembali dan pulih seperti biasa..berbekalkan cd windows pirate..shh..diam-diam..xmampu beli yang original..semalam, semalaman saya tidak tido untuk membetulkan atau istilah scientificnye "Format" die..haha..hasil tunjuk ajar mr jeri..mula-mula die yang nak betulkan, tetapi di sebabkan beberapa keadaan yang tidak mengizinkan, maka saya sajalah yang membetulkannya.sampai bila nak menyusahkan orang..betul tak? .mula-mula takut juga kalau ada salah..tapi setakat ini, Alhamdulillah..


akhirnya saya dapat surfing internet semula..boleh facebooking and blogging..juga berchatting..hehe..

*credit to mr jeri kerana memberi panduan di dalam telefon dan juga line celcom yang tidak wat hal
*thanks kepada cd windows yg berharga rm8..hehe

Wednesday, September 16, 2009

penyakit!!!

saye telah di serang penyakit tidak boleh tidur malam..apasal ni..semalam hanya dapat melelapkan mata bila jam menunjukkan pukul 6.15 pagi..bayangkan azab nak tunggu mate ni lelap..mak kate saye ni dah macam musang..malam berjaga siang tido..yeke mak?mak ni macam tahu2 je musang tak tido..hehe..ejan pulak kate saye leh kerje jadi pak guard..cehh..

dah 2minggu cam ni..tak larat rasenye..kat kelas tersengguk-sengguk tahan rasa ngantuk..jawab test menguap-nguap..nasib baik leh jawab..puan balqis sampai gelakkan bila saye asik nguap..dulu kat segamat dah terbiase tido lambat untuk sipakan report viva..

mate saye ni kadang-kadang menipu..bila study rase mengantuk..bila xde keje nak wat, rase segar..cmne nak selesaikan masalah ni?

Sunday, September 13, 2009

heavy week

dah masuk dah heavy week untuk budak-budak kelas bm 222 3E (finance)..mengapa?

  • isnin - test 1 corporate fianance yang masing-masing masih blur dengan subjek ni
  • rabu - test 2 QMT yang memeningkan kepala sebab macam add math je
  • khamis- kuiz 3 mandarin (laoshi nak jugak wat kelas..dah nak raye kut)

sekarang mood saye bukan untuk study..rasa dah malas..tidak seperti semasa di segamat dulu..sekarang ni arif yang tunjukkan kerajinan..saye akan lawan die di final..haha..em semalam pergi berbuka puasa bersama anak-anak yatin di meru..sangat comel terutama adik hakim..rasa sedih bila tengok mereka sangat seronok dapat duit raye..sob sob~~~

lepas balik dari rumah nak yatim, udin menelefon..ajak jalan-jalan..entah kenapa tiba-tiba nak ikut..sebab semalam dah menolak pelawaan die..oh kami pergi berjalan-jalan di subang dan uptown shah alam..teman die mencari wallet baru..hujan pula dalam perjalanan balik..cian udin sebab tidak membawa sweater..haha..padan muka ko din..

kami melepak di mCD favourite saye di seksyen 3 sampai pukul 4 lebih..hehe..dah lame tidak melepak bersama die..di McD terserempak pula dengan Azni abu bakar bersama tetttttttttttttt..haha..thnaks din sebab bawak aku jalan-jalan..papepun motor LC ko best...xsakit bontot aku naik.. =)

p/s: udin hanya kawan baik saya sejak form 1..dia sudah ade awek ynag juga menjadi kawan saye sekarang..hehe..so jangan gosip..hehe

Tuesday, September 8, 2009

aku lemah tanpa kamu

sangat sedih untuk menulis entry kali ni..tidak tahu kenapa harus saya bersedih..saya memang tidak boleh hidup tanpa dia..selama 2 tahun bersama-sama..susah dan senang sama-sama tapi kenapa mesti pengakhirannya begini..memang saye lemah bila die tiade..bila saya susah die banyak tolong saya..sudah berape kali die wat hal, tapi saya diamkan je..sebab saya sayang die..die merajuk saya pujuk...dia berpeluh, saya lapkan..apa lagi yang dia mahu..dia sakit saya ubatkan..


malam tadi dia kembali membuat onar di dalam hidup..dia tidak curang tapi dia mahu saya melakukan pengorbanan duit pula...dah la tengah sengkek..tapi tidak mengapa..demi die saye sanggup melakukan apa sahaja....


oh my lcompaq presario v3000..bila kamu akan pulih...hidup sunyi tanpa kamu..kamu akan ditinggalkan sementara oleh ku di kedai..

Sunday, August 30, 2009

malaysiaku 52 tahun..




tepat jam 12 malam genaplah sudah malaysia merdeka selama 52 tahun..sebagai rakyat pasca merdeka, mungkin kita tidak dapat menghayati sepenuhnya pahit jerih orang-orang terdahulu untuk meraih kemerdekaan..bermula dengan perjuangan Onn Jaafar hingga Najib Razak..kini malaysia mengamalkan konsep satu malaysia yang melambangkan perpaduan kaum..

malaysia sudah bertukar pemimpin sebanyak 6 kali dan era pemerintahan Tun Dr Mahathir yang memberi kesan yang mendalam kepada saya..mungkin saya lahir dalam era beliau..saya cukup kagum dengan beliau dan kalau boleh saya nak ambil otak dia untuk jawab permasalahan ekonomi seperti subjek malaysian economic...(tension belajar subjek itu)..


seperti biasa, masalah politik di negara ini tidak pernah surut..tidak habis-habis bergaduh untuk kepentingan sendiri, dan bukan untuk kepentingan rakyat..kan elok kalau mereka duduk semeja dan bergabung idea untuk memajukan negara..ini tidak..bergaduh hanya untuk meluaskan pengaruh dan empayar..saya memang minat politik tapi politik di malaysia semakin tenat dan memualkan..demonstrasi di sana sini..ini ke perpaduan yang islam hendak seperti kata sebuah parti itu?

saya berharap bila Malaysia sudah berusia 52tahun ini, mentaliti orang-orang kenamaan, parti-parti politik dan rakyat malaysia sendiri akan berubah..dan janganlah asik memikirkan apa yang negara sumbang kepada kita,tetapi fikirlah apa yang kita sumbang untuk negara...luv u malaysia

Friday, August 28, 2009

kesedihan melanda..

masa hari rabu lepas mohamad azri @jeri text saya dan mengatakan result untuk permohonan biasiswa JPA(Jabatan perkhidmatan Awam) sudah keluar.  dalam hati memang berdebar-debar tapi harapan untuk dapat agak tipis..ramai kawan-kawan saya yang ada good result pun tidak dapat..

lepas buka saya pun online dan seperti yang sudah saya duga, saya tidak dapat..em mungkin saya tidak cukup aktif semasa di uitm segamat dulu..saya ini pemalas untuk menyertai persatuan-persatuan..uruskan diri sendiri pun pemalas..hehe..luthfi pun tidak dapat..mungkin tiada rezeki untuk saya..saya cuba untuk membuat rayuan tapi agak mustahil untuk saya dapat...UMW pun saya tidak pohon sebab tak mintak cop koordinator program..(em dia asik busy memanjang,,asik tak ada dalam bilik)..salahkan die..haha...

Wednesday, August 26, 2009

barra nites

hari ini saya nad nini and syusyu ada misi penting..haha..hari ini dapat jimat duit buka puasa free..dapat tajaan free daripada barra..haha..boleh makan apa-apa aja..dari semalam dah merancang and then siap wat list lagi nak makan apa..masing-masing dah terliur..biasalah bulan ramadhan ni..nafsu makan sangat tggi...tadi masing-masing timbang berat badan setelah 4 hari umat islam berpuasa..berat saya 45 kg (turun 2 kg ma..), berat nini pun turun 2 kg..(berat nini di rahsiakan atas permintaan empunya badan)..hehe


dalam pukul 6.45 petang kami pun pergi ke barra..and then kami menempah makanan seperti 8 orang yang mahu makan..kami di berikan appetizer seperti agar-agar, kurma dan bubur kacang yang sangat marvellous..nyum-nyum...em susah nak diterangkan dengan kate-kate, so lihat gambar-gambar berikut:







  1. nini and syusyu bersama appetizer
  2. makanan kami yang penuh satu meja
  3. makanan kami lagi
  4. saya dan nad after kekenyangan
  5. nini dan syusyu tersandar akibat kekenyangan melampau

nak tahu pe yang kami tempah?

  • sup tulang 2 mangkuk sederhana
  • kangkung goreng ikan masin 2 pinggan
  • telur bisticks 3 pinggan
  • daging goreng kunyit 2 pinggan
  • ayam masak merah 2 pinggan
  • tomyam campur 2 orang makan

haha..banyak gila kan?sampai tomyam tu kami beri kepada meja sebelah sebab meja tak cukup..hehe..semua asik pandang kami dan mesti mereka berfikir "budak2 perempuan ni makan ke melantak"..ala tak kisah la..yang penting tak payah bayar tau...


credit 2 barra sebab bagi makan free..dapat saving duit..hehe..nak tido dah..esok de presentation..wish my group get lucks..

Tuesday, August 25, 2009

jom nge'teh'

semalam lepas buke semua tersadai..best sangat buka ramai-ramai..penuh tangan beli makanan kat bazar..lepas buka mesti terfikir untuk lauk sahur pula..saya dan syusyu dah memikirkan lauk-lauk untuk sahur..tak nak membazir, so kami akan hanya memanaskan lauk lebihan buka tadi..tq 2 abang baki ( eh silap..gl gatal..lol)..en baki atas dasar keprihatinannya untuk meminjamkan microwave selama sebulan...hehe..en baki adalah ayah syu..

lepas sibuk bergosip dan bergelak sakan dengan housemates sambil membuat homework QMT (sepatah ape xfaham), kami (azni, saya n syu) pun turun untuk membeli nasi di barra..*barra again*..haha..alang-alang dah turun barra ape lagi..syu berkate "ejan, jom TT (Teh tarik)"..saye pun membulatkan mata sambil tersenyum..yes2 dapat pekena teh tarik yang kaw dan sangat sedap malam ini...kalau nak rasa, sila tempah kat ane2 dan cakap "ane, teh tarik kurang manis satu"...sebab kalau xkurang manis, rasenye tak sedap sangat..depends r...


ni gambar-gambar keseronokan meminum TT



1) muke bahagia nini apabila di puji slim oleh ane di barra
2) TT kami.. =)



Sunday, August 23, 2009

hari pertama puasa

semalam satu hari hujan membasahi bumi klang dan shah alam..KL saya tak pasti...gi teman ejan pergi beli snickers nike kat al ikhsan...dia nak membelikan saya t shirt long sleeves england..berpinar biji mata melihat hargenye..tapi saya menolak dengan baik.tak nak termakan budi nanti tergadai body..*mak yang cakap...lagipun saya bukan jenis materialistik...

habis basah kuyup kena hujan..balik kena bebel dengan mak sebab tak gi kedai lagi..li barang-barang untuk buke..mak nak masak lebih sebab nak wat besday haziq sekali...kul 4 lebih baru hujan berhenti..start masak pukul 5 dan habis pukul 6..hebat kan?mak masak nasi ayam yang terhebat sekali..saya cuma masak sup dan sediakn rempah2 n marinated ayam tu...yang lain mak wat..


lauk berbuka hari pertama





1) nasi ayam yang mak wat
2) roti john yang di beli kakak or abang sam
3) sate yang saya belanje untuk haziq



* hari isnin terpaksa bersahur di shah alam n berbuka bersama housemates..tak sabar nak pergi bazar kat umah kami...ui sedap..

Saturday, August 22, 2009

em....

post kali ni sebenarnya di tujukan kepada kawan lelaki terapat saya..nama dia Mohd Hazizan..tapi kawan-kawan panggil dia ejan..*erk nm sm plak*..so bila saya keluar bersama kawan-kawan dia saya jadi konpius sendiri..dorang panggil ejan yang mana..

ejan ni memang lelaki yang baik dari segi sifat..tapi yang perlu di ubah ialah sikapnya (adelah perubahan jadi baik sikit2)..kenapa saya cakap camtu?ni short list pasal dia:

  • berhenti sekolah time form 2 sebab dah tak nak belajar lagi..penah pecah pintu bilik HEM untuk balas dendam kat cikgu disiplin..haha
  • time sekolah, orang sibuk belajar, die sibuk berjudi dengan kawan-kawan dekat tokong cina depan sekolah..*tapi sekarang dah tak dah
  • pernah hisap ganja tapi tak penah kantoi dengan polis..*tp kantoi dengan bapak sendiri..haha..yang ni pun die dah tak amek since tahun 2007
  • suka merempit sampai accident dengan teruknya..paling teruk kat dagu..tu yang sampai janggut tumbuh sehelai je..jangan marah ek wak..
  • suka pakai baju branded n kl kuar mesti menyemat..sebab dia kate walaupun belajar tak tinggi tapi kita mesti kena ada gaye..
  • terlampau jujur sampai leh wat orang terasa tapi dia kate tak de pe yang nak di sorokkan..tipu kan berdosa (dia yang kata)
  • brutal memang brutal tapi senang lemah dengan perempuan..kl gaduh mesti dia mengalah.apela..lol
  • panas baran tapi kuat touching n cengeng...
  • sangat menyayangi family die especially arwah adik dia..
  • suka karaoke n kfc..every time keluar nak kfc..dah muak kut
  • tak pernah ambil duit perempuan..maksudnya kalau keluar dengan dia, dia akan support semua..n kalau dia ajak shopping, dia akan belikan kita sesuatu..bila dia beli baju, kita akan dapat baju..
  • lastly, tinggi die lebih kurang saya...gila comel..haha

em tula serba sedikit mengenai dia..dalam buruk ada baiknya...bak kate orang jawa "nobody perfect"..setiap orang ada buruk n baiknya..jangan kita harapkan orang itu sentiase perfect..kita cuba perbaiki kelemahan die dengan kelebihan yang kita ade..kena saling melengkapi.

walaupun die tak pandai memblogging n tak mungkin dia akn baca blog saya, tapi saya nak ucapkan terima kasih kat die sebab bersama saya susah and senang..dan banyak tolong saya time saye putus cnta bulan 6 hari itu..Tuhan akan membalas jasa2 kamu..dan semoga Tuhan membuka pintu hidayah untuk kamu..

Friday, August 21, 2009

selamat berpuase



esok bersamaan 22 august semua uma islam di dunia akan menyambut bulan ramadhan al-mubarak kecuali mekah n indonesia sebab dorg start puase hari ini...


di kesempatan ini saye ingin mengucapkan selamat berpuase kepada semua kawan2 saya, lecturer2 saye, musuh2 saye n org2 kampung..hehe...

kawan saye:

  • aziantie hussin
  • khairunnisa ishak
  • syikin muhammad
  • mohamad azri mohamad kalam @ jery
  • isyad yazed @ abang kacak
  • khairul khairi ( yei..kroll nk blanje buke pose)
  • luthfi rijalul fikri
  • sharudin shah
  • zuraidah zaruddin
  • n semua kawan2 time skola rendah n menengah dulu

kawan2 uitm:

  • nadia shamsuddin
  • azni abu bakar
  • syuhada azaimah baki
  • arif rusli
  • husna huda
  • shaheela sabidin
  • nadzirah yaakop
  • saiful azharie@ abg botak 4 eva
  • faris abdullah @cookie monster
  • all ex c3 clan...
  • housemates
  • all classmates bm 222 3e..

diari 17 ogos-20 ogos 2009

dah seminggu xtulis pape kat blog ni..busy r katekan..haha busy r sangat..


17 august:

  • besday adik bongsu saya..Muhammad Hazique b Selamat yang ke 18 tahun..die mntak kek secret recipe...tapi saya nak blanje die sate..hehe
  • saye ponteng klas satu hari ini..haha..knp?sbb terlajak bangun..penat stay up mlm semalm..yela nk test QMT katekan
  • saye bangun kul 12 tghari n tido balik kul 4 ptg..pemals..
  • saya cek hp saya n ade 15 miss call no maxis n 7 miss call no celcom...xlain xbukan kebanyakan dari c arif..tak sedar pun hp bnyi sbb silent..sory ding
  • lepak mamak kul 2 pagi teman nini n syu sahur...ui edap gile teh tarik barra...sila rase n datang ke seksyen 7 pusat komersial..

18 august:

  • hai ni satu hari xde klas...en sukor cancellkan klas n petang doc badrul mg sentiase tiada..
  • xde pe yg nak d wat di rumah
  • lunch dgn nad kat on the run esso..sedap ns aym die..ayam panggang yg sedap
  • study qmt coz esok tez

19 august:

  • tez qmt yg macam kuiz plak..haha..boleh r jawab..coz de bincang sikit2...
  • heavennye dah habis tez..
  • petang makn kat barra coz de ladies nite..minum free ma..saye order air jus epal susu.nini jus pisang susu.. nad jus mangga..kitorg order yg mahal2 2..kitorg dah kenal dah name2 ane kat barra..
  • balik 2 nini dapat otak2 free dri abang yg jual otak2..*comel dowh
  • balik 2 terbongkang tido n sedar2 dah kul 11malam..tb2 teringin nk minum teh tarik n megi sup..tp semua penat..huhu..ngidam ni..

20 august

  • dah siap2 nak g klas mandarin tiba2 semua rase sleepy..em pe lg salin baju n sambung tido..zzz..arif col n membebel np x gi klas...hehe
  • lunch kat wak dol kopitiam..sedap gila white coffee n vanilla coffee nye..saya bagi 4 bintang..sape2 nk rase, g r kat seksyen 7 jln plumbum z..harge yg berpatutan tau
  • petang 2 bez gl klas personal development...men game "don forget lyrics"..fun gl..credit 2 group yg organized game ni..arif jd star tp slah lyric da...haha..tp xpela...4 fun kan?
  • balik 2 ak n nad lepak lagi kat barra..pekena roti nan daging n teh tarik...n guess what?kitorg pemenang ladies nite kat barra...haha..xpercaye je rasenye tgk nm de tampal kat board barra..menang 4 tiket wayang 2..arif jgn jelez..
  • malam 2 balik klang..hehe...

**dah nak puase dah**malam ni start terawih..jom moreh

Sunday, August 16, 2009

modul yg sangat best...

saye bersama jannah...



hari ni bangun dengan mood malas...sumpah seranah dalam hati tentang modul yg xhbs2 menyusahkan..membazir duit uitm r pe r..dah r dari kul 8.30pagi sampai 5.30 ptg..gosok gigi n mndi smbil pejam mate...gila malas..tapi itulah saye...hehe

sampai je fakulti, n then find out fasi2 adalah dari kalangan student...first impression *gila bosan dowh*..saye sangat beruntung sebab mostly dalam group saye adalah dari ex students uitm segamat...hepy2...n then saye form group "heptagon x".. gl poyo nm"..sebab ade 7 org dalam kumpulan.sory raihan, coz xdpat amek kamu untuk jd ahli..dah ckup korum.kumpulan saye terdiri daripada:

  • zurina (segamat)
  • jannah@o'on (segamat)
  • aida (segamat + melaka)
  • cik pah (segamat)
  • munira (segamat)
  • eila (seri iskandar)

sebenarnye bez gl siut modul ni...fun gl n xrase mengantuk..maybe sbb akak2 fasi xikut format modul yg sebenar2nye..banyak gelak je hari ni..seriously lawak gl...especially aril n sham dari group kopi jantan..(gl gatal nm group)...n mknn modul sgt2 sedap..kenyang 2..tq 2 katering yg sedap...n then kitorg dapat balik awal..kul 3 2...bez2...tp stil kena tggu nad, nini n syusyu...g sm2 xkan nk balik asing2...2 selfish 2 r kan...sblum balik smpat gosip dgn hafiz, husna n syasya..haha...prmpuan n gossip mmg xdapt di pisahkan..*erk hafiz pempuan ke?


n then balik 2 arafat tumpangkan kitorg sampai umah...tq arafat..jimat masa n duit tggu bas rapid T604 (ceh siap bgth)...kena bayar rm 1 je...g berhala-hala still gune resit tiket yg same..tq rapid kl...balik umah sewa je, packing barang nk balik klang..hehe...

gurlz days out!!!

syusyu, saye n nad..*nini tiade dalam gambar*...sory wei


tarikh:14 august 2009
masa: panas yang terik
venue: PKNS, SACC, JJ Bukit Raja

hari ni saye, nad, nini n syusyu ade misi penting...haha..

  1. g bank islam untuk bank in duit kat adik saye
  2. g cimb untuk anta duit customer syusyu
  3. g maybank coz nad nk bank in duit kat *sensored*...hehe
  4. g post office nk anta surat2 agreement umah sewa kami
  5. nak li kasut...*tapak dah haus wei..

kitorang merayau2 kat sacc n saye terjumpe satu kasut ala2 crocs...haha..tp cap bata je...murah je cik abg n cik adik...hanye RM 19.90..n guess what...kasut 2 bez gl pakai...comfort je..syusyu kate ingat 100 lbih hargenye...haha...nad pun li same gak dgn saye...so dah dapat jimat duit d sini...nini ade crocs, ak n nad ade crocs bata..haha..lol...mission skrg adelah berjimat cermat...



ni r kasut "crocs" cap bata 2...


n then kitorg pun lpar gl, luz2 makn kenny rogers kat alam sentral.ingatkan nk mkn nandos.saye sk nandos..perh..kenyang siut...licin pinggan masing2...*nad habis dulu*..haha...gurau je..n then jalan2 kat alam sentral..tp cam bosan, so ak suggest g bukit raja...(tempat kenangan 2)..k stop thinking bout him..nek taxi rm 10 je...sampai2 je trus rambang mate...tp kena ingat mission jmat cermat 2...nad shoping 2 t shirt yg comel, n barangan peribadi die...saye sempat sambar 1 novel norhayati ibrahim kat MPH...



makanan saye @ kenny rogers


nad plak li buku panduan solat hajat..*pinjam ek nad*..hehe...ingat nk li skinny jeans kat goggles tp peha saye semakin gemuk...huhu..so pendam jela impian 2...dalam kul 6 lebih kitorg pun balik ke umah sewa yg bez 2..hehe..balik2 semua terbongkang xlarat...



*credit 2 gedie (bf baru nini) coz sanggup anta kitorang sampai bank...tq gedi..

rindu..

malam ni dengan penuh emosi saye menulis...kerinduan saye terhadap uitm segamat sangat tinggi..tak tahu kenape..saye rindukan pagi yg ala2 genting kat segamat...sejuk gile woo..mandi pun sekejap je...sangat sejuk sampai tahap dewa...pe yg membuatkan saye rndu kat segamat?


  • leh bergosip kat bilik sebelah menyebelah semasa di kolej..(rndu kat anggerikians)
  • rndu kat klas "elite" saye...c3 clan..miss u all so much..
  • rndu nak makan kat benteng kak ina n makan makanan abang bai masak..(marah kak ina)
  • rndu kat benteng ibu yg mahal gl babi punye ayam goreng..
  • rndu nak lepak nanyang n restoran traffic lite..faris jom mkan lai chee kang kat situ..
  • rndu nak study same2 kat library yg xpenah kenal erti senyap...*xstudy pun..gosip je lebih*..hehe
  • rndu nak lepak wat assign kat NR centre sambil makn jajan from kemosa yg sgt "berpatutan" hargenye...
  • rndu nak overnite kat melaka especially pantai puteri...tmpat lepaskan tension
  • rndu kat katil..bl klas cancel leh trus tido..*kat shah alam ssh 2
  • rndu nk shoping kat billion dgn nad n nini..li kasut cartino sonea wei...gl klaka
  • yg paling penting rndu kat lec2...terutama en syam...hehe
  • segale2nye rndu r..

xde pe yg spesel pasal segamat..tp saye rndu kn ia..segamat yg penuh hutan tebal, n d kelilingi jirat cina n tanah perkuburan yg bersepah2...selain drpada bus2 zaman jepun n pekan kowboi 2..haha..


2la..dl time kat segamat memberontak nk kat shah alam...sekarang ni baru nak rndu...btul ckap orang tue "sll kite akan hargai sesuatu bl ianye sdh tiade d depan mate kite"...cewah

Friday, August 14, 2009

modul part 2


Esok modul kembali menghantui hidup saye..modul sangat bosan & memerlukan kuasa telinga untuk mendengar dan yang paling penting memakse mate saye yg nak tertutup untuk terbuka akibat kengantukan yang amat hebat…dalam keadaan negara yang sedang dilanda wabak, saya rasa tidak perlu untuk pihak uitm mengadakan perjumpaan mega sebigini..*cewah perjumpaan mega…virus senang berjangkit bila berkumpul ramai-ramai…dalam sibuk mencegah kenapa perlu untuk menambahkan wabak lagi…skarang ni pun dah de 51 kes..nk jadikan 1000 kes ke baru nak stop wat bnde2 cmni? our VC…pliz take this note…modul terpaksa datang sebab perkataan wajib dengan di iringi perkataan keramat “xdatang modul xleh grad”…wtf…

Segamat Bandar kesayangan saya (yeke kesayangan?)…sayang r jugak sebab 3 tahun kat situ sedang dilanda darurat akibat wabak binatang “comel” itu…apakah dosa Bandar itu sampai ditimpa malang bertimpa-timpa?jerebu+h1n1…uiyo…dengar ura2 mengatakan uitm bakal cuti sem terus…saya tidak merelakan itu berlaku..sbb saye akan amek part yang sama tahun depan n akan lambat grad…juga akan melambatkan saye dapat kerja n khwin…wink wink…hehe

Wabak ini menyerang di kala Malaysia ingin menyambut kemerdekaan yg ke- 52 tahun..mungkin ini ujian yang Allah turunkan untuk mengingatkan betapa banyaknya dosa yang manusia lakukan..Allah mahu kita sedar..tak lama lagi pula umat islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan ramadhan al-mubarak..moga dengan bulan yang penuh kerahmatan ini dapatlah mengurangkan virus-virus ini daripada merebak…amin ~