Esok modul kembali menghantui hidup saye..modul sangat bosan & memerlukan kuasa telinga untuk mendengar dan yang paling penting memakse mate saye yg nak tertutup untuk terbuka akibat kengantukan yang amat hebat…dalam keadaan negara yang sedang dilanda wabak, saya rasa tidak perlu untuk pihak uitm mengadakan perjumpaan mega sebigini..*cewah perjumpaan mega…virus senang berjangkit bila berkumpul ramai-ramai…dalam sibuk mencegah kenapa perlu untuk menambahkan wabak lagi…skarang ni pun dah de 51 kes..nk jadikan 1000 kes ke baru nak stop wat bnde2 cmni? our VC…pliz take this note…modul terpaksa datang sebab perkataan wajib dengan di iringi perkataan keramat “xdatang modul xleh grad”…wtf…
Segamat Bandar kesayangan saya (yeke kesayangan?)…sayang r jugak sebab 3 tahun kat situ sedang dilanda darurat akibat wabak binatang “comel” itu…apakah dosa Bandar itu sampai ditimpa malang bertimpa-timpa?jerebu+h1n1…uiyo…dengar ura2 mengatakan uitm bakal cuti sem terus…saya tidak merelakan itu berlaku..sbb saye akan amek part yang sama tahun depan n akan lambat grad…juga akan melambatkan saye dapat kerja n khwin…wink wink…hehe
Wabak ini menyerang di kala Malaysia ingin menyambut kemerdekaan yg ke- 52 tahun..mungkin ini ujian yang Allah turunkan untuk mengingatkan betapa banyaknya dosa yang manusia lakukan..Allah mahu kita sedar..tak lama lagi pula umat islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan ramadhan al-mubarak..moga dengan bulan yang penuh kerahmatan ini dapatlah mengurangkan virus-virus ini daripada merebak…amin ~
2 comments:
*wink wink* ?
MUNTAH BANYAK BANYAK!
eleh jeles
Post a Comment