Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.
Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:
1) berpuasa
2) banyak melakukan amalan takwa dan taat
3) Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya.4)Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.
5) Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.
6) Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.
7) Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
8) Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.
rujukan: khutbah masjid negara (2002)
0 comments:
Post a Comment