sekarang ni kat tv (nama panjangnye televisyen) dah jadi macam trend pulak untuk membuat drama-drama tentang kecacatan orang..oh ye sekarang ni halimah jongang the series sedang ligat di mainkan di prima 105..
wah-wah ringtone halimah jongang pun dapat sambutan..laku ma..anak buah aku yang umur 2 tahun pun dah sibuk menyanyi lagu tu..
lepas si jongang halimah ni laku, cerita si fatimah juling pulak menyusul..diorang ni tak de idea lain ke nak wat cerita..diorang patut fikir sensitiviti orang melayu sebelum membuat drama..hari tu dengar la kat HOT FM..ada makcik tu mengadu segan nak ke kedai..kenapa?sebab ada budak-budak sekolah nyanyikan lagu khas untuk makcik tu..lagu halimah jongang la pe lagi..sigh!!!kesian la kan..cuba sutradara drama tu fikir dalam-dalam dulu..kalau setakat drama tak pe, ni siap de lagu lagi tau..
em lepas ni drama pe plak menyusul?enab si gagap?eton si debab?kita tunggu jela..semua nama perempuan kut..cubalah buat nama lelaki..gender bias tau..kalau drama lelaki pe ek yang sesuai?
Sunday, March 14, 2010
jongang dan juling..
Posted by ejan at 6:11 PM 1 comments
Labels: sigh
Sunday, February 28, 2010
i hate PMS!!!
setiap perempuan akan mengalami gejala PMS (premenstrual syndrome)..gejala ni akan menyerang setiap wanita sebelum datangnya period..kenapa aku tak suka dilanda PMS?sebab aku memang tak suka la..nak wat camne lagi..gejala-gejala yang akan di alami:
- rasa pening macam migrain
- selera makan bertambah kuat ( tapi aku tak PMS pun kuat makan jugak)..tehee..
- rasa mood menyampah dengan orang sekeliling kita..rasa macam tak nak tengok muka die je..
- bila kite sedang bercouple rasa macam nak marah-marah je pasangan kita
- yang paling penting mesti tahap touching sangat tinggi..o tahap touching time ni leh wat gaduh beb..
- rase cepat sangat penat..
- aku xsuka PMS sebab teringatkan past history..sigh!!!tak suka tak suka tak suka..
cepatla kau berlalu wahai PMS..aku benci kau..syuh syuh
Posted by ejan at 3:06 PM 0 comments
Labels: pms
Friday, February 19, 2010
:nape harus benci sedangkan dia kawan baik sendiri:
Posted by ejan at 12:00 AM 8 comments
Labels: kawan
Wednesday, February 17, 2010
ada aku kesah???
dah lama aku nak melepaskan geram dengan seorang mamat tak sedar diri ni..
dia selalu memperlekehkan aku sebab aku ni hanya penuntut ( cewah penuntut) di UITM je..so ade aku kesah kalau aku ni budak uitm..ko bayarkan yuran aku ke?aku tau die pandai sebab university die berstatus INTERNATIONAL..amek ko huruf besar sekali aku bagi..die akan memperlekehkan cakap belajar kat uitm ni senang..so result gempak pun tak heran..tak macam uni diorang ni..aku tak tau la die jeles ke ape..sebab member2 die pun ramai uitm..membe baik die sendiri pun die kutuk bila membe baik dia dapat dean list..what the fish ko nak memperlekehkan orang macam tu..hello sedara sedari..sedarla sikit awak tu masuk uni 2 pun atas bantuan sapa..so berpijak di bumi yang nyata..
aku tau aku tak sepandai ko untuk melayakkan diri aku untuk memijak kaki kat uni INTERNATIONAL ko tu..rezeki berpihak kat ko..result kita sama cuma beza aku buta kira-kira dan ko pula buta fakta..fair kan?
sedar sikit..kita sama-sama cari ilmu di bidang yang lain..so kalau course aku senang pun, aku xpenah susahkan ko..walaupun aku pernah di hina ko, tapi aku tak nak ko gagal kawan..sampai sekarang aku masih berdoa untuk ko walaupun kita ada jalan masing-masing..
nasihat aku, stop la memperlekehkan orang..tak selamanya kita di atas
Posted by ejan at 2:03 AM 6 comments
Labels: hate this
masa cepat meninggalkan kita..
gila emosi menulis entri macam ni..diam tak diam usia kita makin meningkat dewasa..semakin dewasa, aku rasa semakin ramai kawan-kawan yang akan meninggalkan aku..aku takut dengan dunia kedewasaan..yup..tanggungjawab makin besar..banyak problem nak kena handle.kalau aku di beri kuasa, aku nak stop kan masa time umur masih remaja..zaman remaja sangat best..
bila kita semakin dewasa, kita kena juga berhadapan dengan maksud KEHILANGAN..aku takut dengan tu semua..macam mana kalau ramai kawan-kawan aku yang dah berkahwin?aku memang happy untuk diorang tapi at the same time rasa sedih..dengan sapa lagi aku nak melepak, bergosip.berkarok. tengok movie,gelak-gelak macam pontianak dan macam -macam lagi..aku mesti rindukan korang..
aku cakap macam ni sebab, ramai kawan-kawan aku yang dah kahwin..lagi-lagi anak buah aku..sigh!!!dah la umur sebaya..jodoh dia cepat agaknya..lepas sorang kahwin, sorang lagi menyusul..dan seterusnya..sometimes aku terfikir,kitorang akan still berkawan sampai tua ke??nanti masing-masing busy menguruskan hal rumah tangga..huhuhuhu..sob sob..
tapi aku ada impian yang aku nak wat sebelum kahwin.so soal kahwin lambat lagi..chill man..baru 22 tahun..aku nak ada:
- rumah
- kereta (latio pun jadila)
- master
- bagi mak bapak merasa duit aku ni
Posted by ejan at 1:53 AM 0 comments
Labels: love
Friday, February 12, 2010
tarikan terbaru..
gila gempak Shah Alam ada tarikan terbaru..orang kampung mai pakat g i-city..best gila wei tempat tu..lampu-lampu cantik belaka..apa yang korang nak semua ada..rusa, limau,epal, mangga,merak, rusa santa semua adela..wah dah macam jadi promoter cuti-cuti malaysia..yela sejak famous muke tertampal kat restoran barra..rasa macam artis pulak..haha..
sekarang tema chinese new year kat i-city..memang cantik..bagi pasangan yang bercouple,bawaklah couple anda ke sini..romantik bai..bagi pasangan yang dah nak berkahwin,lamarlah pasangan anda di sini..gila shuweettttttttttttt..bagi pasangan yang single bawaklah..em bawak sape ek???bawaklah family or rakan-rakan tersayang kat sini..hehe..sigh!!!perlu ke kau mention orang yang single ejan..haha
Posted by ejan at 1:34 AM 0 comments
Labels: i-city
Sunday, January 24, 2010
AWESOME WEEK
oh minggu ni sangat mengujakan..dapat jugak gunakan duit yang di tunggu-tunggu ni..haha..so cekidout pe yang aku wat minggu ni dengan kawan-kawan..
SENIN...
pagi-pagi lagi dah di kejutkan dengan quiz monetary economy..huahuahua..dah la satu pe pun xbace..tula..tengok adnan sempit lagi..bila dah nak abis mase tu, pn zuraidah bagi tengok buku..yeehoo..rugi sape anta awal ok!!!oh lupe nak mention"ARIF PONTENG KELAS NI"..haha..kena siapkan assignment islamic finance..BOSAN...
hari ni paling awesome sekali..hehe..terponteng kelas pagi sebab hujan yang sangat lebat..mate pun memberat..masing-masing tak bangun..terlepas kelas derivaties..kelas monetary pulak batal...petang tu anta asignment dan tetiba naluri tak nak pegi kelas islamic finance..dan otak pun berputar ligat..dan aku mengesyorkan "jom JJ instead of jom TT"..TT refer to teh tarik..dah lama tak pekena barra punya teh tarik..nad bengang sebab die pakai baju kurung..haha..kitorang pun tengokla spy next door..macam cite the pacifier je beb..Dr sardin aka arif bengang dan jeles sebab tak dapat ikut..haha..hari ni memang shoping sampai lebam ok..nini paling banyak..aku cuma beli (cuma tau) :
- purple sweater cap giordano.(dulu ade colour hitam tapi ramai dah pakai)
- t-shirt cap seed
- long sleeves cap chic avenue
- hadiah untuk sofiya cap baby poney
pagi-pagi lagi dah kena tipu dengan si KEDING..dia cakap ade quiz managerial eco..padahal dia sedap membuta kat rumah..die nak balas dendam sebab tengok wayang tak ajak die..padan muka kena attack dengan PM Zaidi..huahuahua..tipu lagi..berdebar-debar untuk kelas investment sebab takut kena present..n finally mase tak de..hoorai..dan berita buruknya ada kelas malam untuk managerial eco..sigh...tapi fun kelas malam ni..tak dapat nak balik malam ni..
Posted by ejan at 3:06 AM 4 comments
Labels: awesome













