BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 28, 2010

i hate PMS!!!



setiap perempuan akan mengalami gejala PMS (premenstrual syndrome)..gejala ni akan menyerang setiap wanita sebelum datangnya period..kenapa aku tak suka dilanda PMS?sebab aku memang tak suka la..nak wat camne lagi..gejala-gejala yang akan di alami:

  • rasa pening macam migrain
  • selera makan bertambah kuat ( tapi aku tak PMS pun kuat makan jugak)..tehee..
  • rasa mood menyampah dengan orang sekeliling kita..rasa macam tak nak tengok muka die je..
  • bila kite sedang bercouple rasa macam nak marah-marah je pasangan kita
  • yang paling penting mesti tahap touching sangat tinggi..o tahap touching time ni leh wat gaduh beb..
  • rase cepat sangat penat..
  • aku xsuka PMS sebab teringatkan past history..sigh!!!tak suka tak suka tak suka..

cepatla kau berlalu wahai PMS..aku benci kau..syuh syuh

Friday, February 19, 2010

:nape harus benci sedangkan dia kawan baik sendiri:

 

pe yang korang akan rasa bila kawan baik yang selama ni susah senang dengan kita, beralih arah apabila bertemu cinta baru?kenapa harus berubah sedangkan kekasih kita belum tentu sanggup susah senang dengan kita..ianya menyakitkan..aku bercakap berdasarkan nasib kawan aku yang di hina oleh kawan baik setelah bertemu cinta baru..kesian kat dia..kawan die sedap mengutuk die tapi die hanya mendiamkan diri dan masih bercakap yang baik-baik sahaja tentang kawan die..itu baru kawan sejati..

kepada kawan yang di hina, aku doakan ko sabar menghadapi segalanya..nasib kita serupa cuma caranya berbeza..kepada kawan yang menghina,what goes around comes around..kita pernah hidup bersama tapi sayang ianya tak lama..aku tahu dahulu kau berbeza..tapi nape harus berubah menjadi yang tidak sepatutnya..jangan di banggakan kawan-kawan yang kau rasa hot macam kau..sedangkan kau pernah bercerita mereka hanya berpura-pura..datang bila susah dan pergi bila senang..

hidup tak selamanya di atas..takut nanti bila kau terjelepok jatuh, tak siapa akan menolong..

Wednesday, February 17, 2010

ada aku kesah???

dah lama aku nak melepaskan geram dengan seorang mamat tak sedar diri ni..
dia selalu memperlekehkan aku sebab aku ni hanya penuntut ( cewah penuntut) di UITM je..so ade aku kesah kalau aku ni budak uitm..ko bayarkan yuran aku ke?aku tau die pandai sebab university die berstatus INTERNATIONAL..amek ko huruf besar sekali aku bagi..die akan memperlekehkan cakap belajar kat uitm ni senang..so result gempak pun tak heran..tak macam uni diorang ni..aku tak tau la die jeles ke ape..sebab member2 die pun ramai uitm..membe baik die sendiri pun die kutuk bila membe baik dia dapat dean list..what the fish ko nak memperlekehkan orang macam tu..hello sedara sedari..sedarla sikit awak tu masuk uni 2 pun atas bantuan sapa..so berpijak di bumi yang nyata..

aku tau aku tak sepandai ko untuk melayakkan diri aku untuk memijak kaki kat uni INTERNATIONAL ko tu..rezeki berpihak kat ko..result kita sama cuma beza aku buta kira-kira dan ko pula buta fakta..fair kan?
sedar sikit..kita sama-sama cari ilmu di bidang yang lain..so kalau course aku senang pun, aku xpenah susahkan ko..walaupun aku pernah di hina ko, tapi aku tak nak ko gagal kawan..sampai sekarang aku masih berdoa untuk ko walaupun kita ada jalan masing-masing..

nasihat aku, stop la memperlekehkan orang..tak selamanya kita di atas

masa cepat meninggalkan kita..

gila emosi menulis entri macam ni..diam tak diam usia kita makin meningkat dewasa..semakin dewasa, aku rasa semakin ramai kawan-kawan yang akan meninggalkan aku..aku takut dengan dunia kedewasaan..yup..tanggungjawab makin besar..banyak problem nak kena handle.kalau aku di beri kuasa, aku nak stop kan masa time umur masih remaja..zaman remaja sangat best..

bila kita semakin dewasa, kita kena juga berhadapan dengan maksud KEHILANGAN..aku takut dengan tu semua..macam mana kalau ramai kawan-kawan aku yang dah berkahwin?aku memang happy untuk diorang tapi at the same time rasa sedih..dengan sapa lagi aku nak melepak, bergosip.berkarok. tengok movie,gelak-gelak macam pontianak dan macam -macam lagi..aku mesti rindukan korang..

aku cakap macam ni sebab, ramai kawan-kawan aku yang dah kahwin..lagi-lagi anak buah aku..sigh!!!dah la umur sebaya..jodoh dia cepat agaknya..lepas sorang kahwin, sorang lagi menyusul..dan seterusnya..sometimes aku terfikir,kitorang akan still berkawan sampai tua ke??nanti masing-masing busy menguruskan hal rumah tangga..huhuhuhu..sob sob..

tapi aku ada impian yang aku nak wat sebelum kahwin.so soal kahwin lambat lagi..chill man..baru 22 tahun..aku nak ada:

  • rumah
  • kereta (latio pun jadila)
  • master
  • bagi mak bapak merasa duit aku ni
em papepun congrats kat member time sekolah dulu dan anak buah aku sebab bertemu jodoh yang sesuai,,


 

congrats 2 my classmate aisyah & murzafar

 

congrats to my anak buah merangkap classmate
aida haryati & zulkifli

hope korang bahagia sehingga ke akhir hayat..

Friday, February 12, 2010

tarikan terbaru..

gila gempak Shah Alam ada tarikan terbaru..orang kampung mai pakat g i-city..best gila wei tempat tu..lampu-lampu cantik belaka..apa yang korang nak semua ada..rusa, limau,epal, mangga,merak, rusa santa semua adela..wah dah macam jadi promoter cuti-cuti malaysia..yela sejak famous muke tertampal kat restoran barra..rasa macam artis pulak..haha..

sekarang tema chinese new year kat i-city..memang cantik..bagi pasangan yang bercouple,bawaklah couple anda ke sini..romantik bai..bagi pasangan yang dah nak berkahwin,lamarlah pasangan anda di sini..gila shuweettttttttttttt..bagi pasangan yang single bawaklah..em bawak sape ek???bawaklah family or rakan-rakan tersayang kat sini..hehe..sigh!!!perlu ke kau mention orang yang single ejan..haha

o ni pics kat i-city..xmao citer lebih...

 

  

 


ni semua hasil kamera terbaru seh..chokia 5800 express music..

k sekarang aku kat rumah..ada wedding yang kena attend for this week..melabur-labur...