telah menjadi budaya zaman sekarang bercinta dengan kaum sejenis..laki dgn laki perempuan dengan perempuan..dengar macam geli, merenyam,nak muntah dan macam-macam lagi..tetapi siapa kite untuk menilai dan menyanggah hak mereka..naluri mereka..mungkin ada yang bercinta sesame jenis ni sebab masalah keluarga atau dah pernah di kecewakan oleh kaum2 tertentu..entahla..tetapi budaya ini sudah makin menjadi-jadi..dan tanpa segan silu ianya dipamerkan..di barat mereka sudah boleh berkahwin sesame jenis..mereka memag tiada budaya..tapi kenapa kite mesti ikut..kite beragama islam bukan?oh ye..nanti korang akan berkata "kubur lain-lain"...so tak payah masuk campur..
Tuhan telah memberi peringatan di dalam Al-Quran:
"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain". (QS. Al An'aam, 6: 6)
"Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang dimasa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa." (QS. Al Baqarah, 2: 66)..
mereka mungkin sudah terlupa apa yang berlaku terhadap kaum nabi luth dan juga masyarakat pompei yang Allah S.W.T lenyapkan dan hancurkan dalam sekelip mata..sehingga pompei lenyap di dalam peta..
Pemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut merupakan pusat maksiat dan kemungkaran.
Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu yang singkat. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu melepaskan diri dari keganasan letusan Vesuvius. Ramai pasangan-pasangan yang tubuhnya terawet dan berada dalam keadaan sedang melakukan persetubuhan. Yang paling mengejutkan adalah terdapat sbeberapa pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks).
Selama ribuan tahun, mayat-mayat itu terkubur dan membatu. Setelah Gunung Vesuvius meletus pada tanggal 24 Agustus tahun 79 Masehi, kota Pompeii terkubur bersama asap dan debu vulkano selama 1700 tahun, dan kota itu di jumpai secara tidak sengaja pada tahun 1748 Masehi.dan ini keadaan mereka:
Thursday, November 26, 2009
sejenis...
Posted by ejan at 1:46 AM 2 comments
Labels: pompei
Tuesday, November 17, 2009
.wishlists. ^_^
setiap orang mesti ada wishlists masing-masing..wishlists dalam bahasa pe ek?mungkin barang yang kita hajati..sekarang ini ada 3 benda yang berlegar-legar kat otak untuk di beli..ada yang mustahil untuk di beli..nama pun wishlists..entah kenapa since seminggu lepas dan deret seminggu saya mimipi abah membelikan saya kereta..haha..its possible..abah kata "guna duit sendiri..biar kau tau camne susah cari duit untuk dapat sesuatu"..putus harapan..
Posted by ejan at 11:47 AM 6 comments
Labels: ingin kamu
Monday, November 16, 2009
nasib manusia tidak semua serupa...
nasib manusia tidak semua serupa...ada yang dapat nasib yang baik dan ada yang tidak bernasib baik..kawan baik saya mengalami nasib yang tidak baik apabila dia memohon untuk memasuki universiti..dia ada keptusan yang bagus..benda ini bukan berlaku sekali..tetapi sejak sekolah rendah lagi..UPSR dapat 4A tapi tidak dapat memasuki sekolah asrama penuh..tapi dia redha..time SPM dia dapat 4A dan memohon UPU..tetapi malang sekali lagi bila dia tidak layak untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi..padahal keptusan kawan saya yang sorang lagi ini, tidak berapa bagus tetapi dapat pergi UitM..nasib manusia semua tak serupa..
untuk degree pula, dia memohon lagi tetapi di tolak juga..kenape dia dapat nasib yang sebegitu malang..pointer diploma semasa dia di Unisel amat bagus..sayang die tiade MuET..IPTS tidak mendedahkan pelajar-pelajarnya tentang MUET..kasihan mereka..apa guna mereka bayar yuran dengan begitu mahal,kalau begitu pentadbirannya..die menangis-nangis call saya..dan tadi saya, zuraidah dan syahiera menggembirakan dia..lepak makan nasi lemak same-same..hehe..Aziantie Hussin, kamu akan dapat nasib yang baik di masa depan setelah kamu bersusah payah sekarang..nasib kita tak serupa sebab itu yang telah di tulis di luh mahfuz..tapi kita jugak kena ingat, Allah takkan merubah nasib kita jika kita tak berusaha ke arahnya..
to Aziantie Hussin..i'll pray for your success sayang..
Posted by ejan at 11:56 PM 2 comments
Labels: nasib
Friday, November 13, 2009
today...
em hari ini sorang-sorang merayau kat klang..actually pergi bank tunaikan cheque dan bank in duit untuk my lovely bro..huhu..bayar bil broadband lagi..semua guna duit bai..rasa macam terlalu awal nak balik, so merayau kat digital mall..survey laptop baru dan handphone baru..handphone sony kesayangan saya sudah membuat hal dan ada ura-ura meminta tukar..duit lagi.tiba-tiba lalu kawasan GSC..so ringan je kaki melangkah beli tiket wayang movie 2012..sorang-sorang je tengok wayang.kalau ikutkan nak tengok dengan Encik Pekan (yang tau saje yang tau)..tapi die punye allergic belum baik...tengah on the way masuk wayang, abang GSC tu tiba-tiba tegur "ai dik tak kan tengok wayang sorang-sorang"...saye pun malas nak melayan..terus masuk..tiba-tiba die duduk sebelah..entah pape entah..
tapi 2012 memang meremangkan bulu roma yang xseberapa banyak ni...it was a great movie..xdapat bayangkan benda tu berlaku..kenape bila di timpa kejadian macam tu, semua akan pentingkan diri sendiri?..em cukup sedih bila part pasal keluarga..dan saye tak suka ending cerita ni..macam cerita evan almighty pulak..lepas kejadian tu pulak bermula la tarikh dan bumi yang baru..arif pernah mention sebelum ni pasal perkara ni..die pernah terbaca yang selepas kiamat ade kehidupan lain..
sesiape yang belum tengok, tengokla cerita ni...
Posted by ejan at 9:12 PM 6 comments