BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 21, 2010

reNUngaN berSama

di sebalik kelemahan wanita..kita juga ada kekuatannya..so janganlah lagi merungut kalau anda ditakdirkan menjadi wanita...di sini ada 19 hadith mengatakan tentang wanita:


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Wednesday, April 7, 2010

I.K.L.A.N

di sini ade promotion untuk sape-sape yang nak menyewa.hehehe..

alamat: blok H tingkat tiga commercial area..seksyen 7
(lokasi strategic ni..bnyak kemudahan)
harga: tidak boleh di runding..fixed rm 160 seorang
(fully furnished)
kekosongan: 4 orang (gegirl sahaja tau)..auw auw xmao..hehe

ok ni pic ruang tamu..meja belajar kat luar..

ni pun pic ruang tamu gak..2la pintu master bedroom yang korang bakal duduk

pic dapur..sekarang ni dah de dapur masak memasak tau

specialnye umah ni:
  • masuk tinggal cuci kaki je..semua dah ada
  • dapat housemate artis lagi..wakaka
  • dapat jimat duit sebab ade dapur
  • best sebab korang ade toilet sendiri..master bedroom tu
  • abang engineering atas umah tu ensem-ensem.au..dapat cuci mata..lols!!!
 ni intake untuk bulan jun 2010-jun 2011..kontrak setahun..if interested nak serumah dengan kami, please leave ur link..XoXo

hepy besday arif rusli


hepy beday 2 u uncle arif rusli..big clap...
hehehe..day 22 tahun dah ko..
jangan memuncung lagi kalau merajuk..
good luck 4 ur future undertaking..
may Allah bless ur life..


F.R.O.M

 ejan.nini.nad.faris.
friends till death


Saturday, April 3, 2010

F.I.N.A.N.C.E

                                                     sekadar gambar hiasan...hehe




apa maksudnye finance ni wei?tengok macam senang tahap cipan je kos ni..bagi sesetengah orang "ala nenek aku yang dah tak de gigi pun leh amek kos ni"...dan sesetengah orang lagi akan cakap pejam mata pun leh terus dapat genggam scroll finance la..

Fact!!!
  • sape cakap camtu meh ak cincang sampai lumat lumat..
  • dan ak d antara orang-orang yang terpedaya dengan cakap orang bahawa finance ni senang..dan sekarang baru tahu pe maksud "senang" yang di perkatakan..
  • makin meningkat semester semakin busy dowh..ak rase waktu tido pun dah tak de (ok ni tipu)..haha
  • waktu nak melepak minum Teh Tarik pun dah tak de..
  • mata makin rabun sebab asyik-asyik hadap laptop main game n tengok movie..eh silap-silap wat assigment la wei..sape yang gatal-gatal type cakap hadap laptop main game n tengok movie ni..ish2.
  • sekarang ni dah hujung-hujung sem lagi busy menggila sampai sempat tiap-tiap minggu ak balik umah..hehe..tu wajib..mintak restu mak abah..cewah
  • selalu dah nak final relax lagi tapi hampeh..
  • next sem 7 subject wo..bikin mati macam ni..Uitm leh tak korang hapuskan BEL untuk degree..bosan la wei..
  • nak kena mintak permission untuk adekan satu hari = 72 jam..60 jam untuk waktu tido..sekian terima kasih =)
kepada adik-adik d luar sana, sila la amek finance,,sebab ianya betul-betul fun...finger lickin good wa cakap lu..patutla selama ni bila orang tanya ak, aku ni kos ape n ak dengan muka innocent dam pemalunye cakap aku kos finance, orang tu respect kat aku..cewah..
ok xleh tulis lebih-lebih pasal finance..nanti budak-budak kos lain marah,hehe